Kenali MHi??



Sekitar hampir 500,000 orang pelajar sedang mengambil peperiksaan SPM termasuk STPM dan STAM saban tahun. Sebahagian dari mereka kebiasaannya akan bekerja selepas menamatkan peperiksaan tersebut. Ada di kalangan mereka yang akan banyak meluangkan masa di rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada diri mereka sementara menunggu ditawarkan peluang menyambung pelajaran mereka ke kolej-kolej persediaan, universiti atau yang setaraf dengannya. 



Sepanjang tempoh transisi ini, mereka sewajarnya dipersiapkan dengan pelbagai cabang ilmu bagi mengukuhkan lagi persediaan mereka sebelum melangkah ke alam mahasiswa yang jauh lebih mencabar. Pelajar Muslim yang bakal bergelar mahasiswa ini bukan sahaja perlu cemerlang dari segi intelek, sebaliknya turut mapan daripada aspek kerohanian, akhlak, emosi dan jasmani seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang seimbang. 


Demi melahirkan bakal mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek tersebut, badan bukan kerajaan perlulah memainkan peranan yang sewajarnya. Pertubuhan IKRAM Malaysia di bawah Jawatankuasa Belia & Remaja akan menganjurkan MHi, satu program yang komprehensif dan intensif selama lebihkurang sebulan. Ia menggabungkan konsep teori dan praktikal bertunjangkan nilai-nilai Islam. Pada tahun ini, MHi sudah masuk tahun kesepuluh setelah enam MHi sebelum ini Alhamdulillah berjaya menyantuni dan mempersiapkan pelajar lepasan SPM/STPM/STAM menuju gerbang dunia mahasiswa yang sarat dengan cabaran. 



MHi turut menyediakan modul program berbentuk sukarelawan dan khidmat masyarakat beserta aktiviti-aktiviti lasak yang menguji fizikal dan emosi peserta. Aktiviti sebegini penting sebagai pengukuhan jiwa untuk hidup berkomuniti dan berorganisasi apabila berada di IPT kelak. Semestinya corak hidup seorang pelajar memerlukan hubungan kolektif sesama ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat yang sihat tanpa mengabaikan syariat. 



OBJEKTIF MHi


1) Melahirkan muslim yang mempunyai 10 ciri-ciri muslim terutamanya dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak


2) Memberi kefahaman jelas kepada para peserta akan matlamat kehidupan sebenar sebagai hamba dan khalifah ALLAH


3) Membina kemahiran peserta melalui program-program ‘self development’ dan ‘life skills’


4) Melahirkan kepimpinan pelajar IPT yang bertaqwa, berkemahiran tinggi, dinamik dan berketerampilan


5) Menyediakan ruang perkongsian ilmu dan pengalaman tokoh masyarakat, pakar motivasi, ahli profesional, asatizah dan fasilitator dengan para peserta


6) Menjalin dan memperkukuhkan ukhuwwahfillah sesama para peserta dan dengan kepimpinan dan ahli IKRAM


7) Memberi pendedahan kepada pilihan bidang kerjaya yang bersesuaian dengan para peserta


8) Memperkenalkan gerakerja Belia Remaja, Harmoni khususnya, kepada peserta




Modul-modul program dalam MHi merangkumi:

  • Modul Kefahaman Islam - Cth: Kefahaman Islam, Aqidah, Sirah, Fiqah, al-Quran, Hadis, Dakwah
  • Pembangunan Kerohanian dan Spiritual Diri - Cth: Qiamullail, Ibadah yang sempurna, Puasa, Ikhtilat, Kuliah dan Tazkirah, Semakan Tajwid al-Quran harian
  • Kemahiran Kendiri (Soft Skill) - Cth: Kemahiran Memasak, Menjahit, Membaiki Kereta/Motor, Public Speaking, Critical Thinking, Managing Diversity, Etika Blog
  • Aktiviti Luaran (Outdoor Activity) - Cth: Jungle Trekking, Explorace, Night Walk, Water Confidence, Futsal Tournament, Task Force, Street Dakwah
  • Aktiviti Interaktif dalam Dewan (Indoor Activity) - Cth: Majlis Persembahan MHI, Bantuan Kecemasan, Movie Nights, Interactive Games, English Section